Langkau ke kandungan
DF

DOSM for iPhone

Penerbit: Dosm Malaysia
iOS Free
Muat turun v2.0 0 muat turun
Versi2.0
Penerbit Dosm Malaysia
Tarikh pelepasan28 Jul 2020
Tarikh ditambahkan28 Jul 2020
Keperluan OsiOS
KeperluanRequires iOS 8.0 or later. Compatible with iPhone, iPad, and iPod touch.
Jumlah muat turun0
HargaFree

Penerangan

Selamat datang ke aplikasi mudah alih rasmi oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Aplikasi ini menyediakan petunjuk Utama terkini mengenai Penduduk, Pengangguran, Perdagangan Luar Negeri, Indeks Harga Pengguna, Indeks Pengeluaran Perindustrian, Pembuatan dan Produk Dalam Negara Kasar dan lain-lain. Data tersedia pada frekuensi yang berbeza (cth. bulanan, suku tahunan atau tahunan) dan boleh dimuat turun atas permintaan.

Buat julung kalinya, DOSM memperkenalkan statistik di peringkat daerah dalam bentuk infografik yang lebih mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat. Maklumat tersebut diperkenalkan melalui sistem interaktif aplikasi mudah alih yang dikenali sebagai MyLocal Stats. MyLocal Stats akan membantu pengguna mengakses statistik sehingga peringkat daerah dan tempatan untuk perancangan pembangunan tempatan.

MyLocal Stats 1.0 menyediakan statistik terkini tentang bilangan pertubuhan mengikut daerah dan sektor utama bagi tahun 2015, yang diperoleh daripada Banci Ekonomi. Selain itu, data kelahiran dan kematian serta anggaran penduduk mengikut daerah masing-masing bagi tahun 2015 dan 2017 disertakan.

Data dikemas kini berdasarkan Kalendar Keluaran Awal. Setiap kali anda melancarkan aplikasi, data juga akan dikemas kini ke peranti mudah alih anda untuk mencerminkan maklumat statistik terkini. Aplikasi mudah alih DOSMs tersedia untuk muat turun percuma.

Program serupa

Pilihan lain

Lagi daripada penerbit ini