| Jenis fail | APK |
|---|---|
| Versi | 6.2.121.06.32 |
| Penerbit | |
| Tarikh pelepasan | 7 Apr 2020 |
| Tarikh ditambahkan | 7 Apr 2020 |
| Keperluan Os | Android |
| Keperluan | None |
| Jumlah muat turun | 7,954 |
| Muat turun setiap minggu | 108 |
| Harga | Free |
Penerangan
Bilik Darjah ialah perkhidmatan percuma untuk sekolah, badan bukan untung dan sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Google peribadi. Bilik Darjah memudahkan pelajar dan pengajar untuk berhubung--di dalam dan di luar sekolah. Bilik Darjah menjimatkan masa dan kertas serta memudahkan untuk membuat kelas, mengedarkan tugasan, berkomunikasi dan kekal teratur.
Terdapat banyak faedah menggunakan Bilik Darjah:
- Mudah disediakan - Guru boleh menambah pelajar secara terus atau berkongsi kod dengan kelas mereka untuk disertai. Ia mengambil masa hanya beberapa minit untuk disediakan.
- Menjimatkan masa - Aliran kerja tugasan yang ringkas dan tanpa kertas membolehkan guru membuat, menyemak dan menanda tugasan dengan cepat, semuanya di satu tempat.
- Memperbaik organisasi - Pelajar boleh melihat semua tugasan mereka pada halaman tugasan dan semua bahan kelas (cth., dokumen, foto dan video) difailkan secara automatik ke dalam folder dalam Google Drive.
- Meningkatkan komunikasi - Bilik Darjah membolehkan guru menghantar pengumuman dan memulakan perbincangan kelas serta-merta. Pelajar boleh berkongsi sumber antara satu sama lain atau memberikan jawapan kepada soalan pada strim.
- Mampu milik dan selamat - Seperti perkhidmatan G Suite for Education yang lain, Bilik Darjah tidak mengandungi iklan, tidak sekali-kali menggunakan kandungan atau data pelajar anda untuk tujuan pengiklanan dan adalah percuma.
Notis Kebenaran:
Kamera: Diperlukan untuk membenarkan pengguna mengambil foto atau video dan menyiarkannya ke Bilik Darjah.
Storan: Diperlukan untuk membenarkan pengguna melampirkan foto, video dan fail setempat pada Bilik Darjah. Ia juga diperlukan untuk mendayakan sokongan luar talian.
Akaun: Diperlukan untuk membenarkan pengguna memilih akaun yang hendak digunakan dalam Bilik Darjah.
Perincian utama
- Berhubung dengan kelas anda dan lakukan tugasan semasa dalam perjalanan
- Kemas kini terakhir pada 04/07/20
- Terdapat 1 kemas kini dalam tempoh 6 bulan yang lalu
- Juga tersedia pada iOS